Tatkala mendengar namaNya..
Bergetar jantung dan nadiku
Hati ini berdebar-debar
Rinduku ini hanya untuk DIA
Adakah ini namanya cinta??
Biarpun dihujani emas permata
Biarpun dilimpahi wang berjuta-juta
Namun, hatiku tetap milik DIA
Tiada siapapun yang dapat..
menggantikan tempatNya dihatiku..
Kuharap DIA juga mengasihi aku
Kuharap DIA juga menyayangi aku
Layakkah aku??
Saban hari aku tak pernah lupa..
Walaupun kesuntukan masa..
Walaupun dibebani timbunan kerja..
Aku tetap luangkan masa untuk DIA
Di saat inilah kucurah segala rahsia hati
Di saat inilah kulafaz apa yang terbuku di kalbu
Namun, masa itu begitu singkat sekali
Terlalu pantas ia berlalu pergi
Sanggupku bangun seawal jam 5 pagi..
Kerana ingin menyahut panggilanNya
Mungkin terlalu awal..tapi tak mengapa
Demi kasihku padaNya..aku rela!
Aku terlalu rindukan DIA
Alangkah indahnya perasaan ini
Mengapa tidak kurasakannya sejak dahulu..
Andai diriku dirundung gelisah
Kusebut namaNya berulang kali
Kuadukan segalanya..hanya kepada DIA
Aneh sekali..tiba-tiba hatiku tenang
Jiwaku berasa sangat tenteram
Segala permasalahanku hilang sama sekali
Aku sudah mampu tersenyum..
Aku mampu melupakan segala kegelisahanku
Hidupku benar-benar bahagia
Kini aku pasti..ya..pasti sekali
Hatiku milik DIA
Walaupun DIA jauh di mata..
Namun di hati..tetap bersama
Kasih dan sayangku tidak pernah luntur..
ditelan masa..
Biarpun aku keseorangan..
Biarpun aku bersendirian..
Biarpun aku diuji dengan kesusahan..
Aku sanggup korbankan segalanya..
Demi cintaku kepada DIA
DIAlah cintaku yang hakiki
..dan hatiku telah dicuri
..dan hatiku telah dimiliki
Hatiku milik DIA
Hatiku hanya untukMu..yang Maha ESA!
Minggu, 26 September 2010
Hati ini milik Dia
Posted by Siti Ma'rifah on 19.49


0 komentar:
Posting Komentar